Wednesday 6 June 2012

NBY 1AGRO

Penternakan ikan keli memberi pulangan tinggi dan pasarannya juga sangat menggalakkan

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakkan sawah padi, sungai, kuala dan tasik.


Sekarang ini ikan keli mula diternakan di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli menjadi hidangan yang diminat ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai spesies iaitu keli afrika (hitam), keli bunga, keli kayu, keli sawah, keli/semilang, keli baung dan keli limbat. 


Ternakan
Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Ikan keli mudah membesar dangan memberi makan daging hancur, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva, cacing dan serangga. Untuk menjadi ikan keli sebagai ternakan komersial pengusaha perlu sekurang-kurangnya 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli, ini bagi yang memiliki tanah yang luas. Kolam ternakan boleh disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kanvas. Ikan keli diberi makan seperti daging hancur, lemak ayam, tauhu lembut, ikan baja, roti atau pun sayur-sayuran. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.


Hasil
Hasil ikan keli boleh dikutip selepas 60-90 hari selepas dilepaskan dalam kolam. Purata berat ikan sekitar 200 gram sekilo dan dijual sekitar RM3.80 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin tinggi harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5.00 sekilo di pasaran terbuka.


Peluang
Industri ternakan ikan keli ini adalah satumindustri ynag menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan.Tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelenggaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan, ikan keli boleh juga diproses dagingnya seperti serunding, ikan salai, bebola ikan, keropok ikan dan sardin.


Peluang ini boleh dipelajari dari pelbagai agensi antaranya seperti Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) yang banyak bekerjasama dengan JPK, MECD dan LPP. KUAT sering menganjurkan seminar2 asas tani oleh itu jika yang ingin berkongsi atau memberi cadangan bolehlah melayari laman web saya http://nby1agro.blogspot.com atau e-mail nby1agro@gmail.com atau juga boleh menghubungi terus saya 013-3116982 nassri.


Kolam simen 10x10x3 sebanyak 5 kolam