Pengenalan NBY 1AGRO Resources Enterprise

     Usaha kerajaan memberi nafas baru kepada sektor pertanian negara mula menampakkan hasil. Dari satu-sektor ekonomi yang dipandang remeh suatu ketika dahulu, pertanian kini diangkat menjadi di antara sekto penyumbang utama terhadap sumber pendapatan negara. Rakyat pelbagai lapisan dan profesion mula membuka mata kepada sektor pertanian sebagai satu kerjaya pilihan. Pelbagai pekej pertanian ditawarankan oleh berbilang syarikat swasta kepada org ramai yang ingin mula menceburi sektor ini samada dalam sub-sektor tanaman, ternakan dan lebih-lebih lagi akuakultur. 

   Kami di NBY 1AGRO Resources sudah lama ditubuhkan tapi secara rasminya didaftarkan pada Tahun 2012. menerajui bidang Agro khasnya dalam usaha penternakan ikan keli. NBY 1AGRO menyediakan hasil ternakan yang halalan toyyiban. 

     NBY 1AGRO bertapak di Rantau Panjang, Kelantan, pada fasa pertama pemasaran NBY 1AGRO menyasarkan pasaran tempatan, iaitu meliputi kawasan Kelantan, Terengganu dan yang berdekatan sahaja. Insyallah NBY 1Agro akan berusaha untuk pertingkatkan keluaran bekalan ikan ke seluruh Malaysia. Di masa akan datang NBY 1Agro akan cuba mengeluarkan benih ikan, pallet dan sebagainya lagi. 

     Di sini NBY 1Agro ingin mengajak semua usahawan atau baru nak menceburi bidang ini teruskanlah, sama-samalah kita memajukan lagi industri ini, supaya kita dapat memberi sumbangan kepada semua orang yang amat memerlukannya. 

No comments:

Post a Comment